Malaysia Promosi Wisata 2026 Di Empat Kota Besar RI

  • Bagikan
YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia (tengah) didampingi Konsul Jenderal Malaysia di Medan Shahril Nizam bin Abdul Malek (kiri) berbicara kepada wartawan di sela acara 'Visit Malaysia 2026. Destination Seminar and Business Networking (B2B)' di Hotel JW Marriot Medan Jumat (11/4/2025). Berita Sore/laswie wakid

MEDAN (Berita): Tourism Malaysia menganjurkan Misi Galakan Pelancongan ke empat bandar utama di Indonesia yaitu Medan, Yogyakarta, Jakarta, dan Surabaya bermula hari ini hingga 18 April 2025.

Di Medan, acara ini digelar di Hotel JW Marriot Jumat (11/4/2025) dihadiri Konsul Jenderal Malaysia di Medan Shahril Nizam bin Abdul Malek, YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia,
Deputi Direktur Tourism Malaysia Medan, Nor Hasni Saidin,travel agen dari Malaysia dan Indonesia, tepatnya dari Medan.

Sejumlah komunitas wisata seperti Asosiasi Travel Agen Indonesia (ASTINDO), Asosiasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia (ASITA) dan Asosiasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI). Acara bertajuk ‘Visit Malaysia 2026. Destination Seminar and Business Networking (B2B)’ itu mendapat respon positip dari travel agen dan industri pariwisata daerah ini.

Konjen Malaysia di Medan Shahril Nizam bin Abdul Malek mengatakan roadshow di Medan merupakan kick off Tourism Malaysia yang kemudian akan berlanjut ke tiga kota lainnya di Indonesia yakni Yogyakarta, Jakarta dan Surabaya.

“Semua yang hadir di sini rombongan dari Malaysia yakni asosiasi travel agen, airlane dan industri pariwisata lainnya yang akan berkolaborasi dengan pelaku pariwisata di Medan,” kata Konjen Malaysia.

Menurutnya, untuk kemajuan pariwisata harus dua-duanya berjalan baik turis dari Malaysia ke Sumatera Utara maupun turis dari daerah ini ke Malaysia. Hubungan dua negara yang istimewa ini harus berjalan dan saling menghormati satu sama lain.

“Ibaratnya tidak berjalan sebelah kaki, tapi dua kaki. Tidak mungkin kita hanya berjalan dan saling hormat kalau hanya berkunjung satu saja. Malaysia dan Indonesia harus terus meningkatkan kolaborasi,” kata Konjen Shahril.

Pada tahun lalu, katanya, sebanyak 28 juta pelancong luar negeri ke Malaysia, RI termasuk pelancong terbesar ke Malaysia. Begitupun sebaliknya pelancong Malaysia terbesar masuk Indonesia. “Saya harapkan roadshow pelancongan ini dapat meningkat pelancongan Malaysia dan Indonesia,” ungkapnya.

YBhg. Dato’ Yeoh Soon Hin, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia kepada wartawan mengatakan acara melawat Malaysia tahun 2026 ini untuk mengukuhkan kembali pariwisata Malaysia. “Kami juga mengarahkan ke lokasi destinasi wisata baru yang jarang dikunjungi,” kata Yeoh Soon Hin.

Dato’ Yeoh menambahkan misi Galakan Pelancongan kali ini disertai oleh 36 pemain industri yang terdiri daripada syarikat pengendali pelancongan, pengusaha produk pelancongan, MM2H, syarikat penerbangan dan pengusaha hotel dari Malaysia yang akan dipertemukan dengan penggiat industri pelancongan dari Indonesia bagi memperkukuh kerja sama antara kedua-dua negara dalam industri ini.

Inisiatif strategik ini dilaksanakan seiring dengan pelancaran kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) serta sokongan ke arah merealisasikan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 bagi mempromosikan wilayah serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal.

Dato’ Yeoh menyebut “Pasaran Indonesia kekal sebagai salah satu negara di Asia Tenggara yang tersenarai dalam lima pasaran utama penyumbang tertinggi ketibaan pelawat ke Malaysia. Misi ini perlu dimanfaatkan sebaiknya bersempena kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia.”

Misi ini turut melibatkan penganjuran seminar dan sesi business-to-business (B2B) bersama persatuan pelancongan utama Indonesia seperti Asosiasi Travel Agen Indonesia (ASTINDO), Asosiasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia (ASITA), serta Asosiasi Pelaku Pariwisata Indonesia (ASPPI) dengan memperkenalkan kepelbagaian tawaran pelancongan ke Malaysia.

Selain menjadi pemangkin dalam menarik lebih ramai pelawat dari Indonesia ke Malaysia, program ini juga mengukuhkan manfaat ekonomi jangka panjang bagi sektor pelancongan kedua-dua negara. Selain itu, Tourism Malaysia juga akan mengadakan pertemuan dengan penggiat industri pelancongan utama Indonesia, termasuk syarikat penerbangan dan Online Travel Agencies (OTA) seperti Tiket.com dan Traveloka.

Selain itu, Batik Air juga menawarkan diskon khas kepada pelancong Indonesia yang datang ke ibu negara untuk tujuan perobatan. Dalam mempromosikan warisan budaya Malaysia, Kumpulan Marriot Bonvoy turut serta bersama Tourism Malaysia mengadakan promosi kebudayaan dan kuliner dengan membawa 8 chef mereka dari Malaysia ke empat hotel rangkaian tempatan yaitu JW Marriott Medan, Yogyakarta Marriot, The Ritz-Carlton Jakarta Mega Kuningan dan Sheraton Surabaya bersempena misi ini bagi memperkenalkan makanan Malaysia yang enak lagi unik.

Jumlah ketibaan pelawat Indonesia ke Malaysia pada tahun 2024 adalah 4,145 juta orang peningkatan sebanyak 19,1 persen dibanding tahun 2023 dan 6,8 persen jika dibanding 2019. Sehingga Maret 2025, terdapat 580 penerbangan mingguan dari Indonesia ke Malaysia dengan 106,134 tempat duduk tersedia setiap minggu.

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Malaysia. Tourism Malaysia giat memfokuskan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam industri pelancongan antarabangsa.

Penganjuran kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bakal meraikan kelestarian industri pelancongan negara seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Selain itu, Tourism Malaysia turut menyokong Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke arah merealisasikan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 bagi mempromosikan wilayah serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal. Untuk maklumat lanjut, layari akaun media sosial Tourism Malaysia di Facebook, Instagram, X, YouTube, dan TikTok. (wie)

Berikan Komentar
  • Bagikan

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *